Monday 12 December 2011

PENGHARGAAN

Alhamdullilah setinggi-tinggi rasa  kesyukuran kepada Allah s.w.t . Pemilik Agung masa kehidupan kerana dengan rahmat dan limpah serta inayah-Nya maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus KRT yang terakhir iaitu BLOG. Tidak lupa selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad. s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah baginda sehingga ke akhir zaman.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah iaitu Dr. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim kerana telah memberikan kerja kursus seperti ini. Pendek kata, saya telah mempelajari sesuatu yang baru dengan mendalami ilmu blog. Sekurang-kurangnya melalui pengetahuan yang diterokai ini dapat memberi impak positif khususnya murid . Pengaplikasian pengajaran secara didik hibur dalam tajuk yang dipilih paling tidak, memberikan pendedahan kepada guru bagaimana mencipta, memilih dan mengintergrasikan ia sebagai bahan bantu mengajar yang bersesuaian, menarik dan menjimatkan masa tanpa perlu  kerap membina BBM secara manual atau bergantung sepenuhnya bahan maujud. Sesungguhnya apa yang penting sebagai seorang guru, kita mampu mewujudkan senario yang lebih baik seandainya berpengetahuan tentang ilmu blog di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Semoga Allah sentiasa meredhai dan memberkati segala usaha yang dilakukan demi sebuah perjuangan yang belum selesai….Sekian, terima kasih.

MASA ITU EMAS

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksudnya: "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" (Al-Asr)

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banyak perkara. Sebenarnya ini merupakan alasan semata-mata. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita. Keluhan-keluhan yang tidak membina itu sebenarnya adalah alasan untuk kita masih berada pada takuk yang lama dan tidak mahu bertindak seiring dengan arus perubahan. Oleh sebab itu, alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Jika penggunaan masa dapat diatur dengan teratur sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang terutama kita sebagai guru yang dalam masa yang sama juga pelajar dan ibu bapa kepada anak-anak di rumah. Pengagihan masa di sini amat penting supaya jangan jadi seperti peribahasa yang dikejar tak dapat , yang dikendong pula berciciran. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Insya-allah.

Sunday 11 December 2011

KEPENTINGAN ELEMEN DIDIK HIDUR DALAM P & P

DIDIK HIBUR 2011

PENGAJARAN PENJODOH BILANGAN



Pengajaran penjodoh bilangan -  ekor  ( haiwan )

Se  ............   burung berterbangan di atas pokok.
Se  ............   anak harimau belang sedang bermain.
Tiga  ..............  kucing sedang mengiau kelaparan.
Dua ........... kambing putih sedang makan rumput.
Beberapa   ..............  ayam sedang makan dedak.

MARI BERCERITA BERPANDUKAN GAMBAR


Kawan-kawan siapa saya?
Saya ada banyak rambut.
Warna saya merah atau kuning.
Isi saya berwarna putih.
Rasanya manis dan sedap.

Adakah adik-adik kenal saya?
Badan saya banyak duri.
Rasa isi saya enak .
Isi saya berwarna kuning.
Saya juga digelar raja buah.

Kepala saya ada mahkota.
Rasa saya ada manis dan masam.
Isi saya boleh dibuat jem.
Ia juga mudah ditanam.
Cuba teka siapa saya?

Kulit saya licin.
Apabila masak berwarna ungu.
Isi pula berwarna putih.
Di atas kepala ada kelopak.
Kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.
Cuba teka siapa saya?

Saturday 10 December 2011

PENGAJARAN KATA NAMA: SAYUR-SAYURAN


Di antara cadangan aktiviti-aktivitinya ialah :-
i)  Mengambil kata nama yang terdapat dalam bahan yang diperdengarkan.
ii) Set Induksi bagi pengajran tajuk sayur-sayuran.

Friday 9 December 2011

PENGAJARAN TAJUK BUAH-BUAHAN TEMPATAN


Guru boleh menggunakan bahan yang disediakan untuk kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dengan tajuk buah-buahan misalnya menyenarai dan menamakan jenis-jenis buah-buahan tempatan.Seterusnya lanjutan aktiviti dengan membuat perbandingan buah-buahan tempatan dan buah-buahan import. Secara tidak langsung melalui aktiviti yang dijalankan  telah meransang dan menjana  pemikiran murid agar dapat menguasai input yang dipelajari dengan lebih luas, bermakna, berkesan dan menarik perhatian.

Saturday 26 November 2011

PENGAJARAN TATABAHASA TAHAP 1




Aplikasi ini boleh digunakan sebagai bahan sokongan untuk pengenalan pengajaran tatabahasa. Namun kebijaksanaan guru dalam mengolah dan memberi penambahbaikan terhadap bahan ini akan membawa keberkesanan yang lebih kepada murid. Sekurang-kurangnya melalui bahan yang ditunjukkan menjadi pencetus kepada kosa kata yang baru.


Aplikasi ini mengandungi  aspek tatabahasa  Kata Nam  Am. Berikut adalah contoh selain yang terdapat dalam aplikasi ini.
Manusia - polis, askar, ayah
Tumbuhan - kekwa, bayam, sawi
Haiwan - monyet, harimau, singa
Tempat - tandas, bilik tidur, dewan
Benda - pensel, beg, lori 
Aplikasi ini turut menyentuh tentang  tanda baca dan jenis-jenis ayat iaitu :- 
Ayat penyata
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seruan
Secara keseluruhan,saya mendapati  melalui aplikasi ini diterangkan aspek tatabahasa secara lebih berkesan dan beranimasi.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN APLIKASI NYANYIAN

RANCANGAN PENGAJARAN 
Tema  : Alam Indah dan Selamat – unit 26 merujuk buku teks Bahasa Malaysia Tahun 1
Tajuk  : Kepentingan menjaga alam sekitar.
Fokus utama:
Standard Kandungan: 4.4 – Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard Pembelajaran: 4.4.1 – Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Fokus sampingan:
Standard kandungan: 2.6 – Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
Standard pembelajaran: 2.6.1 – Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkayakan kosa kata.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:-
i)                    menyebut seni kata lagu melalui nyanyian dengan betul.
ii)                  menyanyi dengan gerakan atau aksi yang sesuai.
iii)                Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripada nyanyian.
Pengisian kurikulum:
i)                    Ilmu : Sains dan Pendidikan Kesihatan
ii)                  KBT : KB - menghubungkait  & BCB  -  mendengar dengan berkesan                                                                                                                                                                                                                                                                          
iii)                Nilai : Kesyukuran, , kebersihan, kegembiraan,keindahan
Sistem bahasa:
i)                    Tatabahasa – Kata Nama Am
ii)                  Kosa Kata   - Benda – benda maujud 
Media/ Sumber : Carta lagu " Indahnya alam "                                                                                                 

Langkah 1
1.  Guru memaparkan Carta lagu.
2.  Murid menyanyi dengan bimbingan guru.
3.  Ulangi sekali lagi nyanyian lagu ini.

 Langkah 2
1.  Menyanyi dengan aksi yang sesuai.
2. Memindahkan maklumat dalam bentuk  isi.
3. Menyebut semula dan membuat perkaitan  dengan kepentingan menjaga alam sekitar.  
4. Membaca  maklumat-maklumat  yang diperolehi daripada lagu.
    Tuhan adalah pencipta alam semesta.
    Kita bertanggungjawab menjaga keindahan alam ciptaan tuhan.
    Allah merupakan pencipta alam.
    Keindahan alam tidak boleh dicemari. Sebaliknya ia perlu dijaga pada setiap
    masa.
    Keindahan alam ini penting kepada manusia. Lantaran itu, ia wajar dipelihara  
    sentiasa.

   

Friday 25 November 2011

APLIKASI LAGU SEBAGAI SET INDUKSI

TAJUK LAGU : JAGALAH ALAM

Indah alam ini
Tuhan menciptanya
Mari kita jaga
Bersama-sama

           Indah alam ini
           Jangan dicemari
           Mari kita jaga
           Setiap masa

Indah alam ini
Penting untuk kita
Mari kita jaga
Sampai bila-bila


Irama lagu " Air pasang dalam "
                    
 



PENGAJARAN BAHASA DALAM APLIKASI BERCERITA


Cerita Sang Kancil dan Monyet
Nyamannya suasana rimba di pagi hari. Mergastua bergembira menikmati keindahan alam semulajadi.
Di alam inilah tinggal Sang Kancil yang bijaksana dengan sahabat karibnya Sang Kura-kura.Mereka hidup rukun damai, bebas bergembira, tolong-menolong dan bekerjasama di taman peliharaan mereka.
Sungguh lincah Sang Monyet bergayutan ke sana ke mari. Megah dengan kebolehannya. Awas monyet, jangan ganggu ketenteraman penghuni yang lain.
Apa pula yang dilihatnya. Ranumnya buah-buahan di sini. Siapa punya agaknya.
Oh, rupanya Sang Kancil dan Kura-kura.  Begitu rajin mereka bekerja. Bukan seperti engkau monyet.
Eh, ini mesti ada apa-apa..
Tolong, Tolong dah 4 hari aku tak makan.  Baiklah monyet ambil saja di taman kami apa yang kamu hendak makan.  Kesian ye , 4 hari tak makan. Terima kasih  Kancil … Terima kasih kura-kura…
Aku hendak itu….. Tak boleh … Tak boleh… Aku tak peduli… Jangan monyet…
Ah, rasakan engkau monyet. Beginilah jadinya mereka yang tidak mendengar nasihat orang.
Apa Khabar Si Monyet. Kesian… ingat monyet jangan diulangi lagi…

Cadangan aktiviti daripada bahan yang disediakan.
i)  Meminta murid menyenaraikan sekurang-kurangnya 3
    pengajaran cerita.
ii) Bersoaljawab menggunakan kata tanya untuk mengukuhkan
    pemahaman murid.
iii)Mendengar dan mengambil imlak daripada cerita yang 
   diperdengarkan.

Tuesday 22 November 2011

PENGAJARAN PANTUN MELALUI DIDIK HIBUR


LAGU  YANG DIBAWA INI MENGAPLIKASIKAN ELEMEN PANTUN SEBAGAI DIDIK HIBUR DAN IA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PENDAHULUAN KEPADA PENGAJARAN PANTUN .

Standand Kandungan:
Kemahiran 4.1 – Menyebut dan memahami unsure seni dalam lagu melalui nyanyian secara  didik hibur.
Standard Pembelajaran:
Kemahiran 4.1.1 -  Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara  didir hibur.
Lirik lagu
      Ikan kekek Mak Ilui Ilui,
      Ikan gelama Mak Ilai Ilai,
      Nanti adik Mak Ilui Ilui,
      Pulang sama Mak Ilai Ilai.
               Tenang-tenang air di laut,
                Sampan golek mudik ke tanjong,
                Hati terkenang mulut tersebut,
                Budi yang baik rasa dijunjung.
     Dari mana punai melayang,
     Dari paya turun ke padi,
     Dari mata datangnya sayang,
     Dari mata turun ke hati.

Friday 28 October 2011

DIDIR HIBUR DALAM KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 1

Kerajaan telah memperkenalkan kurikulum baharu dalam sistem pendidikan negara. Kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum ini telah dilaksanakan kepada semua murid Tahun 1 mulai tahun 2011. Selaras dengan  kurikulum tersebut, beberapa komponen kemahiran telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Antaranya ialah kemahiran didik hibur. Terdapat banyak  elemen dalam kemahiran didik hibur iaitu aktiviti bercerita, menyanyi, bersajak, berpantun dan sebagainya yang memberi penekanan kepada aspek seni bahasa. Melalui aktiviti tersebut, pelajar diharap dapat mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif berpandukan  salah satu  aktiviti yang dipilih secara didik hibur.
Sebenarnya pelbagai aktiviti yang dibincangkan adalah sebahagian daripada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan telah diamalkan sejak sekian lama. Melalui aktiviti ini, banyak kemahiran penting dalam berbahasa dapat dikuasai khususnya dalam kemahiran lisan. Namun sejak belakangan ini, aktiviti-aktiviti sedemikian  kurang diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran kerana sistem pendidikan lebih menekankan ‘exam oriented’ yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan awam.
Dengan penjenamaan semula aktiviti-aktiviti seperti bercerita melalui didik hibur, diharapkan guru-guru akan lebih memberi perhatian kepada pendidikan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan kepada murid-murid. Melalui pendidikan, mereka berpeluang untuk memenuhi keperluan dan sifat ingin tahu dalam diri mereka. Mereka bukan hanya diterapkan dengan ‘ilmu’ semata-mata tetapi menerima ilmu tersebut dengan cara yang tidak membosankan. Dengan itu, murid-murid akan sentiasa teruja untuk melengkapkan pengetahuan mereka dan meneroka banyak perkara dalam pembelajaran yang mereka hadapi.
Dalam memastikan kurikulum ini dapat menjalankan fungsinya dengan baik, semua pihak sepatutnya mengambil sikap yang positif. Jika tidak, hasrat untuk menambah baik sistem pendidikan tidak akan menjadi kenyataan dan akhirnya  tetap berada pada takuk lama termasuk impak perubahan yang diharapkan hanya tinggal angan-angan.


Wednesday 19 October 2011

PERSOALAN MASA DALAM KEHIDUPAN


Sebagai seorang yang berkerjaya ini semestinya kita  tidak sedar masa berlalu begitu pantas sekali. Adakah anda sudah solat? Makan? Rehat? atau tunaikan tangungjawab yang perlu dibuat.. Menyentuh soal masa, adakah anda merasakan masa itu emas? Saya mahu bayar 1 billion ringgit untuk mengembalikan sesaat yang lalu... Adakah ia boleh dibayar?
Space we can recover, but time never - Napoleon Bonaparte

Jargon daripada Emperor of France, Napoleon Bonaparte ini mengajar kita betapa pentingnya masa dalam kehidupan. Beliau memang mengatakan ruang/peluang kita boleh dapat/ganti semula tetapi masa atau waktu tidak sedemikian. Sesaat yang berlalu tidak akan kembali lagi, jika anda silap buat keputusan sesaat lalu ia akan terus jadi sejarah. Yang selebihnya adalah masa sekarang dan masa depan. Oleh itu sentiasa berhati-hatilah dengan setiap saat yang anda bazirkan, nanti ia akan disesali tiada berkesudahan. Pastikan masa digunakan sebaiknya seperti mafhum hadis Nabi, kerjalah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu masa senang sebelum susah, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati seperti lagu latar dalam blog yang dipaparkan. Hayati dan renungi bersama..