RANCANGAN PENGAJARAN
Tema : Alam Indah dan Selamat – unit 26 merujuk buku teks Bahasa Malaysia Tahun 1
Tajuk : Kepentingan menjaga alam sekitar.
Fokus utama:
Standard Kandungan: 4.4 – Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard Pembelajaran: 4.4.1 – Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Fokus sampingan:
Standard kandungan: 2.6 – Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
Standard pembelajaran: 2.6.1 – Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkayakan kosa kata.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:-
i) menyebut seni kata lagu melalui nyanyian dengan betul.
ii) menyanyi dengan gerakan atau aksi yang sesuai.
iii) Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripada nyanyian.
Pengisian kurikulum:
i) Ilmu : Sains dan Pendidikan Kesihatan
ii) KBT : KB - menghubungkait & BCB - mendengar dengan berkesan
iii) Nilai : Kesyukuran, , kebersihan, kegembiraan,keindahan
Sistem bahasa:
i) Tatabahasa – Kata Nama Am
ii) Kosa Kata - Benda – benda maujud
Media/ Sumber : Carta lagu " Indahnya alam "
Langkah 1
1. Guru memaparkan Carta lagu.
2. Murid menyanyi dengan bimbingan guru.
3. Ulangi sekali lagi nyanyian lagu ini.
Langkah 2
1. Menyanyi dengan aksi yang sesuai.
2. Memindahkan maklumat dalam bentuk isi.
3. Menyebut semula dan membuat perkaitan dengan kepentingan menjaga alam sekitar.
4. Membaca maklumat-maklumat yang diperolehi daripada lagu.
Tuhan adalah pencipta alam semesta.
Kita bertanggungjawab menjaga keindahan alam ciptaan tuhan.
Allah merupakan pencipta alam.
Keindahan alam tidak boleh dicemari. Sebaliknya ia perlu dijaga pada setiap
masa.
Keindahan alam ini penting kepada manusia. Lantaran itu, ia wajar dipelihara
sentiasa.