Monday 12 December 2011

PENGHARGAAN

Alhamdullilah setinggi-tinggi rasa  kesyukuran kepada Allah s.w.t . Pemilik Agung masa kehidupan kerana dengan rahmat dan limpah serta inayah-Nya maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus KRT yang terakhir iaitu BLOG. Tidak lupa selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad. s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah baginda sehingga ke akhir zaman.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah iaitu Dr. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim kerana telah memberikan kerja kursus seperti ini. Pendek kata, saya telah mempelajari sesuatu yang baru dengan mendalami ilmu blog. Sekurang-kurangnya melalui pengetahuan yang diterokai ini dapat memberi impak positif khususnya murid . Pengaplikasian pengajaran secara didik hibur dalam tajuk yang dipilih paling tidak, memberikan pendedahan kepada guru bagaimana mencipta, memilih dan mengintergrasikan ia sebagai bahan bantu mengajar yang bersesuaian, menarik dan menjimatkan masa tanpa perlu  kerap membina BBM secara manual atau bergantung sepenuhnya bahan maujud. Sesungguhnya apa yang penting sebagai seorang guru, kita mampu mewujudkan senario yang lebih baik seandainya berpengetahuan tentang ilmu blog di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Semoga Allah sentiasa meredhai dan memberkati segala usaha yang dilakukan demi sebuah perjuangan yang belum selesai….Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment