Monday 12 December 2011

PENGHARGAAN

Alhamdullilah setinggi-tinggi rasa  kesyukuran kepada Allah s.w.t . Pemilik Agung masa kehidupan kerana dengan rahmat dan limpah serta inayah-Nya maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus KRT yang terakhir iaitu BLOG. Tidak lupa selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad. s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah baginda sehingga ke akhir zaman.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah iaitu Dr. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim kerana telah memberikan kerja kursus seperti ini. Pendek kata, saya telah mempelajari sesuatu yang baru dengan mendalami ilmu blog. Sekurang-kurangnya melalui pengetahuan yang diterokai ini dapat memberi impak positif khususnya murid . Pengaplikasian pengajaran secara didik hibur dalam tajuk yang dipilih paling tidak, memberikan pendedahan kepada guru bagaimana mencipta, memilih dan mengintergrasikan ia sebagai bahan bantu mengajar yang bersesuaian, menarik dan menjimatkan masa tanpa perlu  kerap membina BBM secara manual atau bergantung sepenuhnya bahan maujud. Sesungguhnya apa yang penting sebagai seorang guru, kita mampu mewujudkan senario yang lebih baik seandainya berpengetahuan tentang ilmu blog di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Semoga Allah sentiasa meredhai dan memberkati segala usaha yang dilakukan demi sebuah perjuangan yang belum selesai….Sekian, terima kasih.

MASA ITU EMAS

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksudnya: "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" (Al-Asr)

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banyak perkara. Sebenarnya ini merupakan alasan semata-mata. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita. Keluhan-keluhan yang tidak membina itu sebenarnya adalah alasan untuk kita masih berada pada takuk yang lama dan tidak mahu bertindak seiring dengan arus perubahan. Oleh sebab itu, alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Jika penggunaan masa dapat diatur dengan teratur sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang terutama kita sebagai guru yang dalam masa yang sama juga pelajar dan ibu bapa kepada anak-anak di rumah. Pengagihan masa di sini amat penting supaya jangan jadi seperti peribahasa yang dikejar tak dapat , yang dikendong pula berciciran. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Insya-allah.

Sunday 11 December 2011

KEPENTINGAN ELEMEN DIDIK HIDUR DALAM P & P

DIDIK HIBUR 2011

PENGAJARAN PENJODOH BILANGAN



Pengajaran penjodoh bilangan -  ekor  ( haiwan )

Se  ............   burung berterbangan di atas pokok.
Se  ............   anak harimau belang sedang bermain.
Tiga  ..............  kucing sedang mengiau kelaparan.
Dua ........... kambing putih sedang makan rumput.
Beberapa   ..............  ayam sedang makan dedak.

MARI BERCERITA BERPANDUKAN GAMBAR


Kawan-kawan siapa saya?
Saya ada banyak rambut.
Warna saya merah atau kuning.
Isi saya berwarna putih.
Rasanya manis dan sedap.

Adakah adik-adik kenal saya?
Badan saya banyak duri.
Rasa isi saya enak .
Isi saya berwarna kuning.
Saya juga digelar raja buah.

Kepala saya ada mahkota.
Rasa saya ada manis dan masam.
Isi saya boleh dibuat jem.
Ia juga mudah ditanam.
Cuba teka siapa saya?

Kulit saya licin.
Apabila masak berwarna ungu.
Isi pula berwarna putih.
Di atas kepala ada kelopak.
Kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.
Cuba teka siapa saya?

Saturday 10 December 2011

PENGAJARAN KATA NAMA: SAYUR-SAYURAN


Di antara cadangan aktiviti-aktivitinya ialah :-
i)  Mengambil kata nama yang terdapat dalam bahan yang diperdengarkan.
ii) Set Induksi bagi pengajran tajuk sayur-sayuran.

Friday 9 December 2011

PENGAJARAN TAJUK BUAH-BUAHAN TEMPATAN


Guru boleh menggunakan bahan yang disediakan untuk kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dengan tajuk buah-buahan misalnya menyenarai dan menamakan jenis-jenis buah-buahan tempatan.Seterusnya lanjutan aktiviti dengan membuat perbandingan buah-buahan tempatan dan buah-buahan import. Secara tidak langsung melalui aktiviti yang dijalankan  telah meransang dan menjana  pemikiran murid agar dapat menguasai input yang dipelajari dengan lebih luas, bermakna, berkesan dan menarik perhatian.